BREAKING NEWS

Category 5

Category 6

Teknologi

Umum

Category 2

Category 3

Category 4

Identiti Aidana Baizieva Terbongkar


Aidana_Baizieva_1
Kecoh dan huru-hara, bila ramai yang tertanya-tanya siapa Aidana Baizieva, mengapa tiada yang mengenali beliau, apa kaitannya dengan mangsa kemalangan udara yang turut meragut nyawa Tan Sri Jamaluddin Jarjis.


Ramai yang cuba membuat carian di laman sosial, namun gagal menemui info lanjut tentang gadis misteri ini. Namun semuanya telah terungkai apabila sebenarnya Aidana menggunakan nama ‘samaran’ atau nama lain di laman sosial.
Aidana_Baizieva_2Inilah Aidana Baizieva yang turut terkorban dalam nahas helikopter milik IGB 4 April yang lalu.
Aidana_Baizieva_5

Menurut laman web Gaukhara.com, Aidana Baizieva atau Aidana Karabasova adalah seorang jurnalis muda yang berasal dari Kyrgyzstan dan masih menuntut di International University of Information Technologies JSC dan dijangka menghabiskan pengajian pada 2016 (sumber).
Aidana_Baizieva_3

Anda boleh lihat hasil kerja Aidana dalam bidang kewartawanan melalui banyak sesi temubual di laman Youtube di beliau di sini (sumber).
Aidana_Baizieva_4

Dua ahli keluarga Aidana kelihatan berada di Hospital Kuala Lumpur pagi tadi, dipercayai untuk menandatangani dokumen perlepasan jenazah.
Namun tiada siapa yang tahu mengapa Aidana berada dalam helikopter tersebut, dan atas tuntutan kerja apakah?
Apapun, takziah diucapkan kepada keluarga Aidana Baizieva. -Sumber

Komputer Riba Paling Nipis Keluaran Terkini Asus



Komputer riba terbaharu Zenbook UX305 keluaran Asus ini hadir dengan rekaan premium. Menurut Asus, ia lebih nipis berbanding komputer riba Apple terbaharu yang diumumkan baru-baru ini.

Asus Zenbook UX305 hadir dengan cip pemprosesan Intel Core M dengan pilihan 128GB SSD atau 256GB SSD, selain pilihan memori 4GB RAM atau 8GB RAM.

Untuk ruangan port, berbeza dengan Apple yang hanya mengehadkan kepada satu port sahaja, Zenbook UX305, Asus melengkapkan komputer riba ini dengan tiga ruangan USB 3.0.

Bagi penawaran bateri, Zenbook UX305 menawarkan penggunaan bateri sehingga 10 jam untuk melayari bateri, sementara sehingga lapan jam ketika menikmati filem atau audio.

Prestasi yang ditawarkan komputer riba ini lebih baik berbanding sejumlah komputer riba lain di pasaran hari ini.

Di Malaysia, komputer riba ini akan ditawarkan pada harga RM2399. Selain komputer riba ini, Asus akan hadir dengan Zenbook Pro UX501 yang dilengkapi kad grafik berkuasa dan paparan HD pada bulan Mei hadapan.

Anda Boleh Dirakam Bogel Dengan Telefon Pintar?

Anda Boleh Dirakam Bogel Dengan Telefon Pintar?

Mungkin ini adalah sesuatu yang mengejutkan. Pasti ada yang tahu tentang perkara ini dan pasti ada juga yang tidak tahu. Admin sendiri pun baru tahu yang Anda Boleh Dirakam Bogel Dengan Telefon Pintar dengan menggunakan aplikasi tertentu.

Tidak pasti apa aplikasi yang digunakan tetapi perkongsian video yang admin upload ini boleh menjelaskan segala-galanya.

Video yang dikongsi di laman media ini rasanya berasal dari Perancis berdasarkan dialog yang digunakan oleh pemegang telefon tersebut.

Jadi jom kita lihat. Tetapi apa yang admin dapat tahu. Aplikasi ini tiada dalam pasaran phone di Malaysia. Jika anda mengetahui info lebih lanjut tentang perkara ini mohon kongsikan di ruangan komen untuk pengetahuan semua.Betulkan jika admin silap.

MyGST Aplikasi GST Terkini Paling Mudah

Susulan dengan ombak GST yang baru sahaja bermula beberapa hari yang lalu, kini ramai yang masih lagi keliru bagaimana untuk mengira penambahan GST 6% terhadap barangan mereka, ada sesengah yang terpaksa mengira secara manual dan mengambil masa yang lama.
Kini dengan Aplikasi MyGST 2015 anda boleh mengira barangan anda selepas ditambah cukai GST ini, aplikasi ini juga akan menunjukkan berapa jumlah sebenar GST yang dikenakan terhadap barang anda dan juga jumlah barang selepas penambahan GST (Barangan asal + GST).

Lihat bagaimana aplikasi MYGST berfungsi’

Seperti yang anda lihat di screenshoot di atas, pengguna hanya perlu mengikuti beberapa langkah sahaja
STEP 1 : Masukkan jumlah GST – Masukkan jumlah barangan anda (Harga asal Sebelum GST/Harga barangan selepas GST)
STEP 2 : Tekan Kira GST – aplikasi ini akan melakukan pengiraan untuk anda senang dan tepat.
STEP 3 : Total barangan anda dan penambahan GST akan menunjukkan harga barangan anda selepas gst
STEP 4 : Kira lagi
Pengiraan aplikasi tersebut juga menunjukkan jumlah GST sebenar yang sebenarnya anda harus tanggung/bayar
Mudah bukan?
Bukan itu sahaja, aplikasi ini juga menyediakan senarai barang2 yang dikenakan dan yang tidak dikenakan gst, selain itu menyediakan ruangan dimana aduan GST boleh dibuat.





Aplikasi MYGST ini direka khas untuk membantu rakyat Malaysia untuk mempermudahkan lagi urusan jual beli harian mereka, direka oleh kumpulan pereka aplikasi mobile tempatan ‘JustImpressive’.
 Dapatkan aplikasi MYGST ini secara percuma sekarang!


Pengarah Filem Fast & Furious 7 James Wan Orang Kuching, Sarawak

Pengarah berketurunan Cina Malaysia, James Wan yang juga pengarah filemSaw dan Insidious, bersama-sama krew filem mendedikasikan Furious 7 ini kepada ‘bintang’ filem ini, Paul Walker yang terkorban dalam kemalangan pada tahun 2013 dengan menghasilkan 'pakej rollercoaster' gabungan aksi lumba, lasak dan emosi.

James Wan anak kelahiran Kuching, Sarawak merupakan Pengarah Filem Fast & Furious 7. 


 
Copyright © 2013 Syok The Blog
Powered byBlogger